|
|
| Wednesday, 2-Dec-2009 06:47 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kursus Kepimpinan Asas PPIM @ Kem El-Azzhar
|
|
|
Tanggal 2 - 5 Nov 09' kami sepasukan PPIM, IPIK ke kem El-Azzhar untuk menjalani Kursus Kepimpinan Asas dan perkhemahan selama 4 hari 3 malam... dengan beralaskan kanvas khemah kami ber-ENAM tido bersama meredah malam nan sejuk membeku.. huhuu.. berbaloi jgk sebab team khemah aku menang kategori.. Khemah Terbaik hanya disebabkan gajet rak kasut buatan aku sendiri... hampeh.. aku sorang je yang buat.. sume dapat nama.. huhu.. xpela.. pastu.. team memasak.. team SINKOPARSI (aku lupe la plk nama team aku tu.. tp bdk2 muzik la sume..) menang kategori.. Masakan Survival ala rimba.. hiks.. dek penangan roti pintal aku gak tuh.. uwaaa.. perasan tol aku kali nih... hehe.. pendek kata.. memang hepi giler la time memasak tuh.. xsangka leh menang.. tp sbrnya mcm da agak.. hahaha.. sbb team kitorg siap dlu.. yang lain.. hegeh2 lagi.. hiks..
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 2-Dec-2009 06:25 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Mak & abah mengerjakan ibadah haji
|
|
Tanggal 16 November 2009 bersamaan dengan hari Isnin.. emak & abah telah selamat menaiki pesawat penerbangan ke Mekah untuk mengerjakan ibadah haji.. aku aje yang tak dapat anto.. huhuu... sedih bangat... apakan daya..
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 22-Nov-2009 08:38 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Makan-makan @ Kenny Rogers Roaster...
|
|
Hari ni hari last kitorg untuk sem 1 ni kat IPIK.. so, mcam biasa kitorg saje kuar makan beramai-ramai ala-ala rombongan cik kiah gitewww... kali ni kitorg makan kt Kenny Rogers Roaster atas cadangan beberapa org classmate yg da pernah makan kt situ.. lgpun.. tempatnya dekat jgk la ngan IPIK.. best gak makan kt situ.. or mebi sebab kitorg da kebuluq giler babas...
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 15-Oct-2009 12:31 |
Email | Share | | Bookmark |
|
SIPMA III (10 Okt - 16 Okt 2009')
|
|
SIPMA III da mula sejak beberapa hari yang lepas.. perasmian pun da lepas pada 12 Oktober 2009 kat Stadium Titiwangsa. aku n member2 gerko badminton IPIK ditugaskan untuk jadi 'judge line' - pengadil garisan masa berlangsungnya sukan SIPMA III kat Stadium Titiwangsa selama seminggu tu..
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 24-Sep-2009 07:21 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Tanjung Piai - Penghujung Selatan Tanah Besar Asia
|
|
Raya kali ni aku ajak hasben aku p Tanjung Piai.. nak tengok keindahan alam ciptaan Tuhan yang Maha Esa.. Raya ke-5 masa masih ada di kampung lagi kitorg g Taman Negara kat Tanjung Piai rupanya ada tempat bersejarah yang aku terlepas pandang.. .. sempat round2 seluruh kawasan dalaman yang rata-ratanya diberi petunjuk supaya tak sesat..!
sempat snap gambar untuk kenangan...
gambar merata-rata dalam kawasan Taman Negara
gambar globe n zoom terus kat Malaysia
|
|
|
|
|
|
| Friday, 4-Sep-2009 09:45 |
Email | Share | | Bookmark |
|
5th ASEAN PARAGAMES @ KUALA LUMPUR
|
|
Seumur hidup tak pernah lagi sertai international event camni.. peluang mcmni memang bukan senang nak dapat... kitorg kumpulan KPLI SR Jun 2009' diberi kepercayaan untuk handle part "Victory Ceremony".. n kebetulan aku n the gang terpilih untuk gantikan bdk2 TESL pegang pelekat (tanda nama negara).. aku lak dapat pegang INDONESIA... haha..
nak tengok laporan lanjut sila layari : http://www.aseanparagames.com (heh.. aku belasah jek add website tu.. korang search sendiri la kat google... kuikui..
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 11-Aug-2009 09:13 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sambutan 50 tahun IPIK!
|
|
Sambutan ulangtahun sedekad (50 tahun) Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGMIK) jatuh pada hari Selasa, 11 Ogos 2009'. Time tu budak-budak opsyen Pendidikan Muzik cam aku ni kene wat persembahan KOIR yang kira best gak la... !! hahaha!!! mana taknya... practice dalam masa 2 hari.. huhu... kira teror gak la kan... kuikui...
| Quote: | LIMA DEKAD
(KAMPUS ILMU KHAS)
Lima dekad usia,
Meniti kembara masa,
Menjulang nama,
Lahirkan pendidik berjasa.
Merintis megah,
Melakar sejarah muka,
Mengekal citra,
Bersama menempa kerjaya.
IPGM... Kampus Ilmu Khas,
Gemilangnya jubli emas,
Semarakkan jiwa menuju jaya.
Keikhlasan.. Perjuangannya,
Menggerakkan amanah nusa,
Harapan dan wawasan mendidik bangsa.
Melodi : Yusri Hussain
Lirik : Norani Abd Rahim |
|
|
|
|
|
|
| Friday, 24-Jul-2009 11:10 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Info Penting : IPG ku ditutup kerana H1N1
|
|
Petang nan permai dikala sedang sebok menonton youtube untuk bahan pembentangan subjek agama minggu depan.. housemate aku inform kemungkinan IPIK ditutup seminggu kerana ada yang suspek H1N1.. takot ada.. seram ada.. blur pun ada.. mcm2 tp keseronokkan bercuti tu langsung tak ada sebab pikirkan lambakkan kelas ganti yang bakal dihadapi akan datang.. perrhhhh... bilanya nak ganti tu...
Untuk kepastian, aku sms mentor muzik kitorg.. mesti konfem ngan beliau dulu.. baru leh sebarkan info.. lepastu. mentor kitorg da konfem ngan maktab.. so, harini mula cuti hingga 31 July 2009 nti.. next week start kelas mcm biasa ngan lambakkan assignment yang perlu dibentangkan..
| Quote: | Ledakan virus H1N1
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
norlaila@hmetro.com.my
SELESEMA babi atau swine influenza tiba-tiba mencetuskan kebimbangan di seluruh dunia. Ada yang menganggapnya satu penyakit baru atau ciptaan Barat bagi melariskan jualan ubat.
Setakat ini ia mengorbankan lebih 159 nyawa dan beratus-ratus lagi ditahan di wad bagi mengelak penularan jangkitan.
Apapun anggapan dibuat, selesema babi bukan penyakit baru kerana ia dikesan sejak berpuluh tahun lalu. Kes selesema babi pada manusia mula direkod pada 1976 yang berlaku pada askar di Fort Dix, New Jersey, Amerika Syarikat. Virus itu menyebabkan jangkitan paru-paru atau pneumonia yang meragut satu nyawa dan empat lagi sakit teruk.
Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), selesema babi ialah penyakit saluran pernafasan pada babi yang disebabkan virus influenza jenis A.
Virus ini kebanyakannya dikesan pada babi, menyebabkan haiwan itu sakit teruk tetapi kadar kematian rendah.
Virus influenza pada babi boleh berubah-ubah. Apabila virus influenza daripada jenis lain menjangkiti babi, ia boleh menukar gen dan menjadi virus baru.
Pada masa ini ada empat jenis virus influenza jenis A yang diasingkan dari babi iaitu H1N1, H1N2, H3N2 dan H3N1. Bagaimanapun, jenis paling banyak ditemui ialah H1N1 dan H3N2.
Ledakan virus selesema babi biasanya berlaku pada penghujung musim luruh dan dingin kadangkala disebabkan kemasukan babi baru ke dalam kumpulan ternakan sedia ada. Di Amerika Syarikat, kajian menunjukkan 30 hingga 51 peratus populasi babi mempunyai antibodi yang menjadi bukti jangkitan H1N1.
Antibodi ini boleh terhasil daripada suntikan vaksin bagi mencegah selesema babi atau daripada jangkitan. Tiada kaedah boleh membezakan sama ada antibodi itu disebabkan tindak balas terhadap vaksin atau jangkitan virus.
Virus selesema babi H1N1 tidak sama dengan virus H1N1 yang menyerang manusia. Ia mempunyai komposisi antigen yang sangat berbeza.
Bagaimana selesema babi merebak? Babi yang dijangkiti virus mengalami gejala hidung berair, nampak letih, batuk dan tiada selera makan. Virus ini boleh dipindahkan secara sentuhan melalui lelehan cecair badan.
Apabila babi sangat sakit, cecair badannya mengandungi banyak virus dan sangat mudah menjangkiti. Biasanya virus selesema babi jarang menjangkiti manusia. Bagaimanapun, jangkitan pada manusia mula direkod pada 1976 di Fort Dix, New Jersey.
Malah, beberapa tahun kebelakangan ini CDC menerima secara purata satu kes selesema babi akibat pendedahan langsung kepada babi. Pada 1988, ledakan jangkitan selesema babi pada manusia berlaku di Wisconsin — di kalangan kakitangan kesihatan yang mendapat jangkitan daripada pesakit.
Orang yang bekerja di ladang ternak ayam, itik dan babi berisiko tinggi mendapat jangkitan jika haiwan ternakan itu membawa strain virus yang boleh menjangkiti manusia.
Yang membimbangkan ialah virus selesema babi ada keupayaan untuk berubah (mutasi) dengan mudah, yang membolehkan ia disebarkan daripada manusia ke manusia. Jenis ini bertanggungjawab terhadap ledakan kes selesema babi yang menjadi kebimbangan seluruh penduduk dunia kini.
Meskipun perlu berjaga-jaga, kita tidak perlu panik kerana Kementerian Kesihatan mengambil langkah pencegahan membabitkan 200,000 petugas iaitu doktor, jururawat, pegawai imigresen dan polis di 125 pintu masuk di seluruh negara. Kerajaan juga menyediakan ubat anti virus untuk dua juta orang seandainya berlaku jangkitan di negara ini.
Selain virus yang sering ditemui pada babi, kajian menunjukkan haiwan itu boleh membawa virus selesema manusia. Virus ini boleh bergabung, berubah dan menghasilkan virus baru yang mudah merebak di kalangan manusia.
Individu dijangkiti selesema babi mengalami gejala seperti jangkitan virus influenza lain iaitu demam, batuk, hidung berair, sakit kepala, sakit badan, menggigil, lemah dan hilang selera makan. Sesetengah pesakit turut mengalami muntah dan cirit-birit.
Jangkitan daripada manusia ke manusia boleh berlaku apabila individu dijangkiti batuk dan bersin dengan tidak menutup mulut. Partikel virus terapung di udara dan menjangkiti individu lain apabila orang itu menyedut udara mengandungi virus.
Jangkitan juga boleh berlaku jika seseorang menyentuh permukaan tercemar (virus yang terapung di udara akhirnya melekat pada permukaan objek) dan kemudian menyentuh mata, hidung atau mulut.
Virus selesema babi paling mudah berjangkit dalam tempoh lima hari pertama selepas seseorang itu sakit. Individu paling berisiko ialah kanak-kanak kecil dan orang tua. Pada kanak-kanak, fasa paling mudah berjangkit lebih lama iaitu sehingga 10 hari. Pengesanan boleh dilakukan dengan menghantar contoh air liur yang diambil dalam masa lima hari pertama untuk dianalisis.
Sehingga artikel ini ditulis, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengklasifikasikan selesema babi ke tahap lima mengikut carta amarannya. Tahap lima bermakna letusan jangkitan penyakit daripada manusia ke manusia membabitkan dua negara. Ia petanda penting akan berlakunya wabak penyakit selesema burung.
Langkah berjaga-jaga:
Sentiasa dapatkan maklumat terkini melalui televisyen, akhbar atau Internet
Tutup mulut dan hidung dengan tisu setiap kali anda batuk atau bersin. Buang tisu ke dalam tong sampah
Basuh tangan sekerap mungkin dengan sabun dan air. Amalkan teknik mencuci tangan yang betul. Boleh juga gunakan cecair pencuci berasaskan alkohol; ia mampu membunuh kuman di tangan dan tidak perlu dibilas
Elak menyentuh mata, hidung atau mulut. Virus mudah merebak melalui laluan ini
Berehat di rumah jika anda tidak sihat dan elak berada di tempat sesak
Untuk keterangan lanjut boleh hubungi talian 03-8881 0200, 03-8881 0300 (waktu pejabat) atau layari laman web www.moh.gov.my. |
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 11-Jul-2009 13:40 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Keyboard, Notebook & Broadband baru..!!!
|
|
Adehhhh dengar mcm best jek dapat sume benda baru sepanjang memulakan sesi pembelajaran kat IPIK ni.. nak melabur tu rasa cam payah gak ditengah-tengah gawat camni... mujur ada family yang membantu... tapi.. make sure pasni ni kene ganti balik la... ..
Barang terpenting wat masa ni aku fokus kat Keyboard, Notebook/laptop & Broadband tapi keyboard da dapat hari Jumaat yang lepas.. nasib housemate aku dapat skali.. dapat le aku wat muke tebal menumpang kete dia.. sambil mengangkut keybord yang besar gedabak tu.. pastu harini.. pulun plk p mencari laptop.. target aku cuma tak melepasi bajet jek.. tapi.. yang dapat tu.. ngam-ngam ngan bajet la sebab aku beli skali ngan Celcom Broadband huh... giler babas punye pelaburan le kali nih...
Notebook acer aspire one
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 5-Jul-2009 06:32 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Camping - Bina Insan Guru (BIG from 01-04 July 2009)
|
|
Lepas seminggu orientasi.. kitorang perlu menjalani BIG selama 4 hari 3 malam pulak kat Kem El-Azzhar, Banting, Selangor.. rasa seronok jugak sebab da lama tak g camping.. dulu masa kt UUM pun salu g camping sebab masuk Kelab Kembara.. kira ni mengimbau kenangan lama la.. sepanjang program BIG ni.. rasa ok aje sebab tak berapa teruk mcm yang digembar-gemburkan oleh sesetengah orang.. biasa aje.. rasanya camping Kembara dulu lagi teruk.. tapi sekurang-kurangnya.. banyak input yang kitorg dapat dari program ni.. semuanya berkaitan dengan GURU ..
Pelbagai aktiviti dijalankan kat sana sepanjang 4 hari tu.. aktiviti pertama adalah LDK 1 iaitu menggunakan bahan buangan untuk membentuk satu bahan yang berkaitan dengan guru.. kumpulan aku buat model kapal "Bahtera Pelayaran".. ape maksudnya aku tak pasti sebab aku sebok p memasak kat belakang sinun... lain-lain aktiviti adalah seperti.. keyakinan di air.. berkayak.. kembara darat.. dan LDK aje.. simple tapi menarik..
gambar tak sempat tepek kat sini... bizi giler.. lgpun.. masa kt kem tu.. kamera aku rosak.. uwaaaaa... banyak gambar menarik tak dapat dirakam.. aku tumpang kamera classmate aku jek.. nti aku cilok dia pnye aje la.. tapi ntah bile tatau le..
********************************
ni le gambo2 nye... ni aku cilok dr classmate aku..
Pendakian ke Bukit Jugra
LDK pertama Program BIG
Aktiviti Water Confident kat Pantai Morib, Banting
Aktiviti Kayak kat Pulau Itik.
|
|
|
|